tag:blogger.com,1999:blog-79979218612758094022024-02-20T03:41:43.139-08:00FAIZAL HJ YAACOBSELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU FAIZAL HJ YAACOB. SEMOGA KITA DAPAT BERKONGSI ILMU PENGETAHUAN UNTUK MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERILMU .....FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.comBlogger9125tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-39397147804207279302011-06-11T19:43:00.000-07:002011-06-11T19:43:13.049-07:00Pencemaran Suatu Definisi ...
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">P<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">erkataan pencemaran memberikan pelbagai maksud dan definisi mengikut tafsiran ahli geografi. Kita boleh menerima pakai apa jua maksud ataupun definisi yang diberikan kerana ia tidak menyalahi dari segi undang-undang mana-mana negara di dunia ini.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, kimia, biologi, dan radioaktif di mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan sehingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan sesuatu keadaan berbahaya atau kebajikan awam atau kepada kehidupan, binatang, tumbuhan atau menyebabkan perlanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Dengan kata lain, pencemaran adalah sesuatu perkara yang dilakukan melebihi had yang dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan untuk mengatasi dan mengawal perkara tersebut.<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Sila buat rujukan dari sumber-sumber lain untuk mendapatkan maksud bagi pencemaran. Diharapkan maklumat ini dapat membantu anda semua dalam memahami konsep pencemaran dengan lebih jelas lagi.
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-84085823315793426912011-06-07T03:48:00.000-07:002011-06-07T03:48:54.618-07:00Udara : Kepentingannya kepada manusia dan juga alam ...
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif; font-size: small;">Udara adalah satu keperluan hidup. Udara yang bersih menjamin suasana kehidupan yang lebih selesa. Kita mampu<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> hidup selama beberapa minggu tanpa makanan. Kita juga mampu hidup tanpa air selama beberapa hari tetapi kita akan mati dalam tempoh 4 minit tanpa udara. Dalam dunia yang semakin moden dan tercemar ini, kita bukan sahaja memerlukan udara tetapi udara yang bersih untuk terus hidup. Secara umumnya, kualiti udara boleh dikategorikan kepada 2 iaitu udara bersih dan udara tercemar. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Udara bersih wujud secara semulajadi. Udara bersih adalah sangat penting ke arah kualiti hidup yang lebih baik untuk manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Udara tercemar pula adalah campuran udara bersih dengan bahan bergas ataupun partikel yang dibebaskan ke atmosfera oleh pelbagai aktiviti. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Pelepasan dari kenderaan bermotor, perindustrian, pembakaran terbuka bahan buangan dan lain-lain aktiviti manusia menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. Tahap pencemaran udara yang umum terutama di kawasan bandar akan menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, bangunan dan sebagainya. Kemerosotan kualiti udara ini berpunca dari bahan pencemar yang dilepaskan ke udara secara terus ataupun melalui tindakan kimia.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Udara tercemar menyebabkan gangguan kepada kesihatan manusia terutama sekali kepada sistem pernafasan yang akan mengakibatkan gangguan pada paru-paru dan jantung, batuk kering atau lelah dan juga boleh membawa kepada ancaman kanser. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Penyelesaian kepada isu pencemaran udara telah tersedia untuk diaplikasikan tetapi ia memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat. Dalam erti kata lain, penyelesaian secara teknikal sahaja seperti penggunaan air filter di kilang-kilang atau catalytic converter dalam kereta adalah tidak mencukupi. Kita memerlukan perubahan dalam perancangan seperti mempromosikan pengangkutan awam ke arah pembangunan bandar yang mengamalkan prinsip pengurangan penggunaan kenderaan bermotor. Kita memerlukan perubahan dalam sistem pengangkutan bagi mengelakkan penggunaan kereta yang terlalu kerap. Tahukah anda bahawa kenderaan bermotor menyumbang kepada sekurang-kurangnya 60 - 70% kadar pencemaran udara di bandar-bandar utama.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Masyarakat hari ini telah mula sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar dan kesedaran ini perlulah dipertingkatkan di setiap peringkat umur khasnya di kalangan generasi baru. Masyarakat perlu sedar mengenai tanggungjawab bersama dalam memelihara kualiti udara. Untuk bacaan dan maklumat lanjut sila lawati link berikut Jabatan Alam Sekitar 
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-1746504551690959432011-06-01T19:19:00.000-07:002011-06-01T19:19:47.204-07:00Tanah Runtuh - Mengapa Ia Berlaku ?
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Kejadian tanah runtuh yang terawal direkodkan di Malaysia ialah pada 17 Disember 1919 yang dilaporkan di Bukit Tunggal, Ipoh. Kejadian tersebut telah meragut 12 nyawa apabila ketulan blok batu kapur telah menghempap sebuah rumah. Bagaimanapun, tragedi terbesar dalam sejarah Malaysia dari segi jumlah kehilangan nyawa adalah pada 11 Disember 1993 di Hulu Kelang, Selangor apabila Kondominium Highlands Tower tumbang akibat berlakunya tanah runtuh bersebelahan dengan kondominium tersebut. Kejadian tersebut telah meragut nyawa 48 orang. Tahun 2011 juga telah mencatatkan peristiwa duka apabila runtuhan tanah telah menghempap dan menimbus Rumah Anak Yatim Al Taqwa di Kajang selangor. Dalam kejadian tersebut seramai 25 orang dilaporkan telah tertimbus hidup-hidup dengan 9 nyawa telah dapat diselamatkan manakala 16 yang lain telah terkorban.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Apakah itu tanah runtuh ? Tanah runtuh merupakan pergerakan tanih, batuan serta bahan yang membentuk sesuatu cerun di bawah pengaruh graviti bumi. Ia merupakan satu proses semulajadi serta akibat daripada aktiviti manusia. Ia berlaku dalam berbagai saiz, jenis dan frekuensi. Terdapat 2 faktor penyebab kepada berlakunya kejadian tanah runtuh. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Faktor luaran terdiri daripada :
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">kegiatan penambahan kecerunan cerun atau peninggian cerun yang disebabkan oleh hakisan seperti hakisan tepi sungai dan juga daripada aktiviti manusia yang memotong cerun bukit. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Ketiadaan sokongan pada cerun seperti hakisan di tepi sungai yang mengurangkan sokongan ataupun kaedah pembinaan yang memotong cerun yang terlalu curam. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Penambahan beban seperti binaan rumah di atas cerun.
<div style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif; text-align: justify;">Faktor dalaman pula terdiri daripada : 
proses luluhawa terutamanya di kawasan tropika seperti Malaysia di mana ia akan melemahkan bahan cerun dan mengurangkan keupayaannya untuk menahan pergerakan akibat tarikan graviti bumi. 
Kehilangan tumbuhan akan mengurangkan kesan pengikatan akar pokok pada tanah dan seterusnya mengurangkan kestabilan cerun. 
Tanah menjadi tepu akibat daripada kehilangan tumbuhan atau penambahan air larian hujan akibat daripada aktiviti pembangunan.
<div style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif; text-align: justify;">Antara kawasan-kawasan di Malaysia yang berisiko mengalami tanah runtuh adalah di Hulu Kelang, Bukit Lanjan dan Hulu Gombak, Selangor. Manakala di negeri Pahang pula, kawasan-kawasan di Genting Sempah, Bukit Tinggi, Frasers Hill dan Cameron Highlands telah dikenalpasti sebagai kawasan bom jangka ini.
<div style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif; text-align: justify;">Potensi berlakunya tanah runtuh boleh dikurangkan dengan beberapa kaedah seperti :
mengurangkan sudut cerun dan menggunakan teres bertingkat. 
Tempat air bertakung atau lubang yang boleh menakung air di atas cerun hendaklah dielakkan kerana iar boleh meresap masuk ke dalam jasad cerun dan sekaligus mengurangkan kestabilan cerun. 
Memasang sistem perparitan yang sesuai untuk mengalirkan air daripada tepi cerun. 
Mengurangkan beban di atas cerun dengan memindahkan tanah atau batuan di atas cerun. 
Memasang struktur sokongan seperti soil nail , buttress wall dan sebagainya di kaki cerun yang berpotensi untuk berlakunya tanah runtuh. 
Melakukan penyeliaan dan pemantauan secara berterusan dengan memeriksa struktur cerun dari masa ke semasa.
<div style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif; text-align: justify;">Fikirkanlah. Apakah peranan kita dalam menangani masalah ini ? Setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. 
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-65389122903481374942011-05-31T03:11:00.000-07:002011-05-31T03:11:58.918-07:00Petempatan : Pengertian Dan Konsep
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif; font-size: small;">Pusat Kajian Petempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mendefinisikan petempatan sebagai suatu kawasan <span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">tempat berlangsungnya aktiviti manusia secara berorganisasi. <span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Menurut Dixiaodis, petempatan ialah suatu yang meliputi pusat dengan tempat kediaman, penghuni dan kawasan sekitar di mana penghuninya berinteraksi dalam tempoh masa yang agak panjang, jika tidak berkekalan.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Petempatan berubah dari masa ke semasa dan ia berkembang dari sebuah kediaman kecil di suatu kawasan terpencil hingga menjadi sebuah megalopolis. Ia mempunyai satu sistem tersendiri dari segi taburan, susunan, aturan, organisasi ruang, fungsi dan juga kegiatan ekonomi. Ia tidak hanya berlandaskan kepada sebuah negara sahaja malah dunia sebagai satu sistem yang amat kompleks di mana ia boleh dilihat dalam skala terkecil iaitu sebuah bilik di sebuah unit kediaman dengan satu penghuninya dan berkembang lalu bertukar menjadi kampung, pekan, bandar, daerah, negeri, negara dan dunia akhirnya.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Petempatan merupakan satu kombinasi yang bersepadu dengan pelbagai unsur seperti manusia fizikal, manusia ekonomi dan juga manusia sosial. Ia juga meliputi segala proses aktiviti manusia seperti tinggal di sesuatu tempat, bekerja, belajar, mendapatkan perkhidmatan kesihatan, budaya atau berekreasi di samping struktur fizikal sistem yang membantu kehidupan. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan ialah kemudahan teknologi, persekitaran, kecenderungan dan minat pengkaji serta tren di kalangan bijak pandai. Kajian petempatan merupakan salah satu daripada cabang Geografi Manusia di mana ia bersaling kait dengan Geografi Ekonomi ( pengurusan sumber ), Geografi Politik ( unit politik dan pentadbiran )<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">, Geografi Penduduk ( taburan dan kepadatan ), Geografi Sosial ( interaksi ) serta aspek perancangan ( corak taburannya ).
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-27871552523364905292011-05-28T19:49:00.000-07:002011-05-28T19:53:26.647-07:00PENGERTIAN TRANSPIRASI
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Transpirasi merupakan satu peristiwa di mana keluarnya wap air dari tubuh tumbuh-tumbuhan. Pada tumbuhan , peristiwa ini biasanya berkaitan dengan kehilangan air lewat stomata , kutikula dan juga lentisel.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Transpirasi memberikan manfaat iaitu ia membantu penyerapan mineral dari tanah dan menghilangkan panas pada permukaan daun. Menurut Tibbits ( 1979 ) , penyerapan kalsium dan dan boron sangat dipengaruhi oleh kadar laju transpirasi. Apabila laju transpirasi rendah maka terjadinya defisiensi. Sebaliknya jika laju transpirasi tinggi maka terjadinya peningkatan kadar serapan mineral. Secara umumnya , penyerapan mineral dilakukan secara bersama dengan penyerapan air sehinggalah transpirasi tidak langsung membantu pengangkutan air ke seluruh tumbuhan. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Transpirasi adalah proses evaporasi atau pemeluwapan air dari tumbuhan termasuk gerakan air melalui seluruh kesatuan tanah-tumbuhan-atmosfera. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi adalah :
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">cahaya
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">suhu
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">defisit tekanan wap air
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">ketersediaan air
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Transpirasi membawa banyak pengertian dan adakalnya amat sukar untuk difahami. Untuk maklumat lanjut , sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/transpirasi 
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-19356963000587916922011-05-28T19:09:00.000-07:002011-05-28T19:17:36.648-07:00PENIPISAN LAPISAN OZON
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 25 km dari permukaan bumi. Lapisan ozon berfungsi sebagai :
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">melindungi bumi daripada sinaran ultra ungu
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">menyerap dan membalikkan sinaran ultra ungu yang berlebihan ke angkasa<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Akibat daripada penipisan lapisan ozon , sinaran ultra ungu yang berlebihan akan memudaratkan kehidupan di bumi. Punca-punca utama berlakunya penipisan lapisan ozon adalah :
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> pembebasan klorofluorokarbon atau juga dikenali sebagai CFC melalui gas penyejuk dalam peti sejuk dan penyaman udara dan juga melalui bahan semburan aerosol dalam penyembur racun serangga
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">penambahan kandungan gas metana akibat penggunaan baja kimia yang berterusan
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">pembebasan gas hidrogen dan nitrogen oksida akibat daripada letupan bom nuklear dan juga ujian senjata nuklear
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">pembebasan gas nitrogen dioksida oleh kapal terbang supersonik
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Klorofluorokarbon ( CFC ) terdiri daripada klorin , fluorin dan karbon. Apabila CFC dibebaskan ke atmosfera , molekul klorin akan bertindak balas dengan ozon lalu menguraikan ozon dan membebaskan oksigen. Proses ini akan mengakibatkan lapisan ozon dinipiskan. Penipisan lapisan ozon membolehkan sinaran ultra ungu sampai terus ke permukaan bumi tanpa sebarang halangan. Kesan-kesan penipisan lapisan ozon ialah :
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">menyebabkan penyakit kanser kulit , katarak mata , , sakit mata dan melemahkan sistem imunisasi badan manusia
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">memusnahkan sel dan mikro organisma dalam tumbuhan dan juga haiwan
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">merosakkan ekosistem lautan iaitu dengan menghalang plankton melakukan proses fotosintesis dan mengurangkan hasil hidupan laut
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">merosakkan dan mengurangkan hasil tanaman
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">peningkatan suhu , pencairan glasier dan banjir di kawasan rendah
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Ozon merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen bagi setiap molekul. Ozon dijumpai oleh Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1840. Secara semulajadi , ozon terbentuk melalui tindak balas cahaya ultra lembayung dengan atmosfera bumi lalu membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 km. 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Jika anda masih tidak begitu pasti dan faham tentang lapisan ozon , anda bolehlah membuat rujukan dengan lebih lanjut lagi di http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapisan ozon 
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-72551365672858136562011-05-28T18:32:00.000-07:002011-05-28T18:32:40.288-07:00UJI KEFAHAMAN ANDA DENGAN POP KUIZ 1 ....
 <span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Wahai para pelajar sekalian , cuba uji tahap kefahaman anda tanpa merujuk kepada mana-mana sumber. Kemudian cuba bandingkan sama ada jawapan anda itu tepat atau tidak. Kali ini topiknya adalah Pengaruh Manusia Terhadap Alam Sekitar . Selamat maju jaya saya ucapkan.
<div style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif; text-align: justify;">Soalan-soalannya :
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Nyatakan 3 kegiatan manusia yang boleh menyebabkan berlakunya jerebu ?
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Berikan 3 kesan jerebu terhadap manusia.
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Apakah gas-gas yang terlepas ke udara dan membentuk hujan asid ?
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Nyatakan 3 kesan hujan asid terhadap alam sekitar.
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Apakah fungsi lapisan ozon ?
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Nyatakan 2 kesan terhadap manusia jika menerima sinaran ultra ungu yang berlebihan.
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Apakah itu pulau haba ?
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Nyatakan 3 ciri bandar yang menyebabkannya menyerap haba.
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Nyatakan 4 jenis gas rumah hijau.
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Apakah kegiatan manusia yang boleh meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera ?
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Senaraikan 3 kesan peningkatan suhu Bumi.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Nyatakan masalah utama akibat kemarau. 
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-61112888914816317732011-05-28T18:19:00.000-07:002011-05-28T18:19:49.657-07:00APAKAH ITU HUJAN ASID?
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Hujan asid merupakan fenomena di mana hujan yang turun mengandungi kandungan asid yang lemah dengan nilai pHnya kurang daripada 5.6. Hujan asid berlaku apabila udara di sesebuah kawasan tercemar dengan teruk terutamanya di kawasan perindustrian. Akibat daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum oleh kenderaan , stesen jana kuasa terma serta kilang , gas-gas seperti sulfur dioksida , karbon dioksida dan nitrogen oksida telah dibebaskan ke atmosfera.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Gas-gas yang terbentuk ini akan bertindak balas dengan wap air dan membentuk asid lemah. Wap-wap air yang berasid lemah ini akan bertukar menjadi titisan-titisan air yang akhirnya membentuk hujan dan turun semula ke permukaan Bumi sebagai hujan asid.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Hujan asid ini akan memberikan kesan seperti :
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan tanaman
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">menghakis ukiran bersejarah di bangunan lama
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">menyebabkan kepupusan hidupan air
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">menjejaskan kualiti air
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">mengancam kesihatan manusia seperti sakit dada , sakit buah pinggang dan penyakit Alzheimer
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7997921861275809402.post-6550833238869329962011-05-28T17:54:00.000-07:002011-05-28T17:54:02.116-07:00JEREBU ... APAKAH PERANAN KITA ?
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Jerebu berlaku apabila terdapatnya banyak debu , abu , asap , habuk dan bahan pencemar lain yang terapung<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> atau terampai <span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">di atmosfera berhampiran dengan Bumi. Jerebu sering berlaku di kawasan bandar dan perindustrian kerana kawasan tersebut mengeluarkan bahan pencemar yang berlebihan seperti gas karbon monoksida dan sulfur dioksida ke atmosfera.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Jerebu berpunca daripada pembakaran jerami padi , pembakaran terbuka , pelepasan asap daripada kenderaan bermotor dan kilang , pembakaran bahan api fosil serta pembakaran hutan. Negara kita telah mengalami keadaan jerebu yang teruk pada tahun 1990 . 1994 dan 1997 akibat daripada pembakaran hutan di negara jiran. Jerebu biasanya berlaku apabila hujan tidak turun dalam jangka waktu yang agak lama.
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Jerebu memberikan kesan buruk terhadap manusia seperti :
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">mengurangkan jarak penglihatan sehingga kurang daripada 1 km kerana bahan pencemar telah membiaskan pancaran cahaya matahari dan juga memendekkan jarak penglihatan
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">menjejaskan kesihatan manusia seperti :
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> kesukaran bernafas
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">penyakit asma
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">sakit mata ( mata terasa pedih dan berair )
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">radang paru-paru
<li style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">sakit dada
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">kulit merengsa dan terasa gatal 
 <span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">Jerebu ditentukan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) yang merupakan salah satu kaedah untuk kita mengetahui tahap teruknya jerebu. IPU melibatkan proses pengukuran kuantiti zarah atau partikel halus merbahaya seperti karbon monoksida , sulfur dioksida , nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut : 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> NILAI IPU  KUALITI UDARA
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> 0 - 50 Baik
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> 51 - 100 Sederhana
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> 101 - 200 Tidak Sihat
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> 201 - 300 Sangat Tidak Sihat
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> 301 - 400 Berbahaya
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> 401 - 500 Sangat Berbahaya
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Lebih 501 Darurat 
<span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"><span style="font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Cuba kita renungkan sejenak , adakah kita juga bertindak penyumbang kepada keadaan jerebu ini ? Marilah kita bersama-sama memelihara alam sekitar agar kita dapat hidup dengan selesa dan selamat.  
FAIZAL HJ YAACOBhttp://www.blogger.com/profile/13080867782436339938noreply@blogger.com0